Pendaftaran pelajar baharu POLYCC meningkat 133 peratus

22 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pendaftaran pelajar baharu POLYCC meningkat 133 peratus

Kota Kinabalu: Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) merekodkan 39,623 pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Akademik I 2026/2027, meningkat 133 peratus.

Daripada jumlah itu seramai 32,513 pelajar mendaftar di politeknik manakala 7,110 lagi di kolej komuniti di seluruh negara.

Peningkatan itu turut disokong kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi pada 2025 dengan graduan politeknik mencatat kadar kebolehpasaran 98.5 peratus dan graduan kolej komuniti sebanyak 98.8 peratus dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan penanda aras baharu menerusi Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK) 2026-2035.

“Pelan 10 tahun itu memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, kurikulum, pendigitalan dan kerjasama dengan industri.

“Matlamat utama kita menjelang 2035 adalah jelas – melahirkan tenaga kerja yang bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik dalam industri dan teknologi, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing menerusi pembangunan bakat,” katanya.

Zambry berkata demikian ketika merasmikan Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah 2026 di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu pada Isnin.

Seramai 2,052 graduan diraikan pada konvokesyen peringkat zon itu termasuk 415 graduan dari Politeknik Kota Kinabalu.

Konvokesyen di Sabah merupakan sebahagian daripada siri konvokesyen mengikut zon yang diadakan di seluruh negara dengan keseluruhan 29,609 graduan POLYCC diraikan tahun ini.

Zambry berkata POLYCC turut berjaya mentransformasikan 11,299 pelajar daripada aliran kemanusiaan dan seni vokasional Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi graduan dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Menurutnya inisiatif itu memperluaskan akses kepada pendidikan inklusif selain menyediakan bakat baharu dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri.

Ekosistem POLYCC kini disokong 36 politeknik dan 106 kolej komuniti di seluruh negara dengan jumlah enrolmen melebihi 100,000 pelajar.

Kerjasama dengan industri turut diperkukuh menerusi 23,580 rakan industri di seluruh negara manakala Politeknik Kota Kinabalu sahaja mempunyai kerjasama strategik dengan 236 rakan industri tempatan dan antarabangsa.

Sementara itu Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah berkata graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting sebagai agen perubahan serta pemacu utama sektor automasi, pendigitalan dan teknologi hijau negara.

Beliau turut menggesa graduan memanfaatkan sepenuhnya kemahiran praktikal yang diperoleh dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebagai asas untuk perkembangan kerjaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved