Bahagian Pelajaran JAWI akan membuka Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi sesi 2027 mulai 1 Jun 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pendaftaran ini.

Mengenai SRA & KAFA JAWI
SRA JAWI ialah Sekolah Rendah Agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah untuk murid-murid di Wilayah Persekutuan.
Ia memberi fokus kepada pengajian KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) serta Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI.
Manakala KAFA merupakan program pengukuhan asas pendidikan Islam untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri termasuk JAWI.
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran dibuka mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2026.
Kurikulum SRA & KAFA JAWI
Kurikulum Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI merangkumi integrasi antara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KPM dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) JAWI yang memfokuskan pendidikan Islam bersepadu.
Kurikulum ini merangkumi mata pelajaran seperti:
- Tilawah
- Tauhid
- Fekah
- Akhlak
- Sirah
- Bahasa Arab
- Jawi
- Khat
- Hafazan
Untuk KAFA, kurikulum KAFA memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah al-Quran, pembentukan akidah, bimbingan fardu ain, memupuk amalan fardu kifayah dan amalan adab yang berteraskan akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Terdapat lapan subjek dalam kurikulum KAFA iaitu:
- Tahfiz al-Quran
- Al-Quran
- Akidah
- Ibadah
- Sirah
- Adab
- Bahasa Arab
- Jawi dan Khat
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 6 tahun (lahir pada 2 Jan 2021 – 1 Jan 2022) atau
- Berumur 7 tahun (lahir pada 2 Jan 2020 – 1 Jan 2021).
- Telah membuat permohonan di Sekolah Kebangsaan.
Cara Pendaftaram
Untuk mendaftar, sila daftar secara atas talian dengan mengimbas kod QR yang akan dikongsikan pada hari permohonan dibuka atau di:
- Laman Web JAWI
- Facebook JAWI
- Facebook Sekolah
- Kain Rentang (di sekolah)
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan SRA JAWI?SRA JAWI ialah Sekolah Rendah Agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah untuk murid-murid di Wilayah Persekutuan.
Apakah mata pelajaran yang diajar di SRA dan KAFA di bawah JAWI:Mata pelajaran SRA:
– Tilawah
– Tauhid
– Fekah
– Akhlak
– Sirah
– Bahasa Arab
– Jawi
– Khat
– Hafazan
Mata pelajaran KAFA:
– Tahfiz al-Quran
– Al-Quran
– Akidah
– Ibadah
– Sirah
– Adab
– Bahasa Arab
– Jawi dan Khat
Tarikh pendaftaran dibuka mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2026.
Tidak. Murid mestilah memohon untuk bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pelajaran JAWI di talian 03-2274 9333.
Baca juga: Permohonan Sekolah Agama Johor & Tadika Agama Johor 2027
