Pendaftaran, tuntutan kredit eMadani RM100 bermula Isnin ini - Anwar

LocalPolitics
29 Nov 2023 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Pendaftaran dan tuntutan kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai Isnin ini hingga 20 Februari depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40 diumum Anwar semasa melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved