Pendaki AS kagum Ayden panjat Gunung Kinabalu, mampu saingi tenaga lelaki dewasa

LocalTravel
16 Jan 2026 • 3:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean menjadi tumpuan apabila seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat (AS)  iaitu Terry Pernell meluahkan rasa kagum melihatnya mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Kagum panjat Gunung Kinabalu

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Terry berkata, Ayden bukan sahaja berdisiplin malah berjaya meninggalkannya di belakang biarpun usianya baru sahaja berumur sembilan tahun.

@terrypernell

Met this absolute legend while climbing Mount Kinabalu. Calm, steady pace… and somehow he smoked me Travel reminds you real quick: strength isn’t always about age. Moments like this > any summit photo. MMountKinabaluKKinabaluClimbSSabahMalaysiasuterasanctuarylodges #TravelWithTerryP @Sutera Sanctuary Lodges

♬ original sound - TravelWithTerryPAsia
“Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu. Tenang dan langkahnya begitu konsisten, tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang.
“Pendakian ini mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak semestinya ditentukan oleh usia,” kata Terry, semalam.

Dalam pada itu, Ayden juga turut ditanyakan berhubung asal-usulnya dan menjawab dirinya berasal dari tiga tempat yang berbeza iaitu Singapura, Sabah, dan Kuala Lumpur.

image is not available

Tindakan spontan yang dilakukan anak kecil itu membuatkan ramai memuji cara didikan Bella yang tidak pernah melupakan asal-usul bapa kandung Ayden, penyanyi Aliff Aziz.

Menelesuri ke ruangan komen, warganet memuji cara Ayden berkomunikasi bersama orang luar dan menganggapnya sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan matang.

Malah ada juga yang meluahkan rasa teruja melihat anak sekecil itu mampu mendaki Gunung Kinabalu yang sangat mencabar.

Bagus didikan Bella

image is not available

Tumpang bangga

image is not available

Pandai berkomunikasi

image is not available

Tetap ingat ayah kandung

image is not available

Artikel lain: Bella Astillah sayu, dedah Ayden dipanggil ‘anak yatim’ di sekolah

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Aziz namun mereka disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna yang kini berusia 6 tahun.

Sumber: TikTok terrypernell

View Original Article