Pendaki cedera dibawa turun ke Timpohon Gate

26 Mar 2023 • 1:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang wanita yang mengalami kecederaan buku lali terpaksa dibawa turun dari Gunung Kinabalu pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di lokasi kira-kira 400 meter sebelum Panalaban, kira-kira jam 10.40 pagi.

“Bilik Kawalan BBP Ranau menerima laporan daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu yang mengatakan terdapat seorang pendaki wanita berusia 33 tahun mengalami kecederaan buku lali kiri.