
Sungai Petani: Seorang pendakwah terkenal direman selama sehari di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana membabitkan sebuah pusat pengajian agama terkemuka.
Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Memetik laporan Harian Metro, suspek yang juga pengasas pusat pengajian agama di daerah Kuala Muda itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, semalam.
Difahamkan, siasatan dijalankan berhubung dakwaan mengutip dana awam serta sumbangan derma sebelum dipercayai berlaku penyelewengan untuk kegunaan peribadi.
Kes kini masih dalam siasatan lanjut pihak SPRM. – The Malaysian Update
The post Pendakwah Terkenal Direman SPRM, Disyaki Seleweng Dana Pusat Pengajian Agama appeared first on The Malaysian Update.

