
Susulan kekalahan PN di KKB, ramai orang, termasuk bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk meletak jawatan. Dalam satu hantaran di Facebook, Zaid berkata kekalahan di KKB menjadi pengajaran buat PN, yang menurutnya 'tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan'.
“PH menang besar kerana PN tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan; sama sekali tiada. Pemimpin-pemimpin PN sangat tua, bukan sahaja dari segi umur tetapi juga dari segi idea,” tambah Zaid lagi.
Untuk menjawab kritikan Zaid, saya ingin memberikan 3 idea baru untuk dipertimbangkan oleh PN, agar ia mempunyai sesuatu yang baru untuk ditawarkan kepada rakyat dan negara.
Cadangan-cadangan saya adalah seperti berikut.
1. Meningkatkan nisbah keuntungan pekerja berbanding keuntungan korporat
Di Amerika Syarikat yang sangat kapitalis sekalipun, jika syarikat menjana keuntungan, golongan kapitalis dan pengurusan tertinggi, yang merupakan instrumen kapitalis untuk mengawal sesebuah syarikat, hanya akan mengambil 50 peratus sahaja, manakala baki 50 peratus akan diberikan kepada pekerja.
Namun di Malaysia, golongan kapitalis dan pengurusan mengambil 70 peratus, manakala hanya 30 peratus diberikan kepada pekerja.
Sebab mengaap golongan kapitalis dan pengurusan mampu mengambil sebahagian besar keuntungan organisasi, yang hampir keseluruhannya dihasilkan oleh pekerja, adalah kerana undang-undang negara kita membolehkan mereka berbuat demikian.
Jika PN ingin meraih sokongan rakyat, ia sekurang-kurangnya harus berjanji kepada pekerja, yang merupakan sebahagian besar penduduk negara, bahawa ia akan mengubah undang-undang dan membalikkan nisbah pengagihan kekayaan.
Tiada sebab mengapa golongan kapitalis dan instrumen kawalannya, iaitu pengurusan syarikat, harus mendapatkan 70 peratus daripada keuntungan organisasi sedangkan golongan pekerja, yang merupakan golongan utama yang mencipta kekayaan sebuah organisasi, hanya mendapat 30 peratus.
Adalah sama sekali tidak benar bahawa kapitalis dan instrumen kawalannya, pengurusan, adalah penting untuk syarikat menjana nilai.
Walaupun benar bahawa seseorang CEO syarikat seperti mendiang Steve Jobs, mungkin penting untuk syarikat menjana nilai, ini tidak benar bagi sebahagian besar CEO syarikat. Kebanyakan CEO syarikat tidak lebih diperlukan oleh syarikat untuk mencipta kekayaan berbanding dengan pekerja lain di syarikat itu. Itulah sebabnya apabila 99.999 peratus CEO meninggalkan syarikat, pemergian mereka tidak akan memberi kesan sama sekali kepada syarikat.
Ia juga tidak benar bahawa wang modal adalah sumber yang sukar diperolehi dan disebabkan itu, syarikat harus membayar harga yang tinggi untuk mendapatkannya. Jika syarikat itu baik, wang modal akan datang mencarinya dengan sendiri. Syarikat yang baik adalah syarikat yang mampu menjana nilai, dan syarikat yang mampu menjana nilai adalah syarikat yang mampu menarik pekerja berbakat dan bermotivasi. Untuk menarik pekerja berbakat dan bermotivasi, 70 peratus kekayaan dan keuntungan syarikat harus diperuntukkan kepada pekerja.
Hanya ekonomi dunia ketiga yang mempunyai syarikat berkualiti rendah yang hanya berkebolehan untuk menjana nilai yang rendah sahaja yang perlu merayu wang modal untuk datang kepadanya.
Ekonomi dunia pertama, yang mempunyai syarikat berkualiti tinggi yang berkemampuan menghasilkan hasil nilai yang tinggi tidak perlu merayu modal untuk datang kepadanya. Malah, wang modal lah yang akan merayu untuk dibenarkan masuk ke dalam ekonomi dunia pertama.
Untuk mengubah diri kita darikpada menjadi ekonomi berpendapatan sederhana yang bergantung kepada buruh yang dieksploitasi dan tidak bermotivasi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bernilai rendah hanya supaya kita boleh merayu pelabur asing untuk datang ke negeri kita, dan menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi yang mempunyai pekerja yang berbakat, berwibawa dan bermotivasi untuk menghasilkan bukan sahaja produk dan perkhidmatan bernilai tinggi, tetapi juga menzahirkan gaya hidup yang dikagumi, yang juga berupaya menjadi sumber ekonomi untuk negara, kita harus menaik taraf ekonomi kita dengan memberi golongan pekerja sekurang-kurangnya 70 peratus kekayaan dan keuntungan yang mereka cipta untuk syarikat.
Untuk menjadi ekonomi sedemikian, kita harus berhenti mengikut model ekonomi era penjajahan yang lapuk, di mana kerajaan berkomplot dengan golongan elit untuk mengeksploitasi golongan pekerja dan mengekstrak hasil sumber negara, dan sebaliknya menggubal undang-undang yang akan membolehkan pekerja yang bermotivasi dan berwibawa bangkit di negara.
2. Mengurangkan bilangan pekerja asing sebanyak 10 peratus setiap tahun
Satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan daripada pekerja asing adalah golongan elit yang mengeksploitasi mereka. Selebihnya rakyat Malaysia tidak mendapat apa-apa pun faedah daripada kemasukan pekerja asing. Populasi B40 kita mungkin sebenarnya mengalami kerugian kerana bilangan pekerja asing yang sangat tinggi di negara ini. Malah pekerja asing itu sendiri, yang dieksploitasi dan ditindas, menderita dalam model ekonomi eksploitasi ini yang dipromosikan oleh golongan elit yang mengeksploitasi negara kita.
Naratif ini yang sering diketengahkan oleh golongan elit yang mengeksploitasi golongan pekerja ialah tanpa pekerja asing, syarikat mereka akan mengalami kerugian, dan sekiranya syarikat mereka mengalami kerugian, negara dan rakyat juga akan rugi, kerana mereka tidak boleh membayar cukai kepada kerajaan, adalah satu naratif yang tidak masuk akal.
Hujah mereka itu adalah mirip hujah yang digunakan oleh pemilik hamba di Amerika sebelum zaman perang saudara mereka dahulu, untuk menghalalkan amalan perhambaan. Hanya kerana golongan elit yang mengeksploitasi hanya tahu untuk berniaga dengan memperhambakan dan mengeksploitasi pekerja, tidak bermakna negara harus menghalalkan konsep eksploitasi atau perhambaan untuk kesenangan mereka.
Jika sesebuah perniagaan itu hanya boleh beroperasi jika ia mempunyai akses kepada pekerja yang diperhamba atau dieksploitasi, ia tidak layak untuk menjalankan perniagaan.
Jika PN ingin rakyat menyokong usahanya untuk menjadi kerajaan negara, ia harus komited untuk mengurangkan pekerja asing di Malaysia pada kadar 10 peratus setiap tahun. Pada kadar itu, dalam masa 20 tahun, kita hanya akan mempunyai sekitar 12 peratus daripada jumlah pekerja asing yang kita ada hari ini.
Memandangkan jumlah pekerja yang tidak berdokumen dan berdokumen di negara ini mungkin setinggi 10 juta orang, atau 1 daripada 3 rakyat Malaysia, pengurangan ini akan menyebabkan kita hanya mempunyai sekitar 1.2 juta pekerja asing dalam masa 20 tahun.
Sebuah negara sebesar Malaysia sepatutnya mempunyai kurang daripada sejuta pekerja asing. Jika kita mempunyai kurang daripada sejuta pekerja asing, barulah kita boleh kita katakan bahawa pekerja asing yang kita ada adalah diperlukan untuk fungsi ekonomi kita, bukan kerana kita adalah sebuah ekonomi bersifat eksploitasi yang gemar mengeksploitasi orang yang terdesak tanpa berhati perut.
Hanya apabila kita mempunyai kurang daripada 1 juta pekerja asing, kita boleh mewujudkan keadaan untuk memupuk pekerja domestik yang berwibawa dan bermotivasi, yang boleh diharapkan untuk mencipta ekonomi yang bernilai tinggi.
Juga, hanya apabila kita mempunyai kurang daripada sejuta pekerja asing, kita boleh melayan semua orang di negara ini seperti manusia, dan membersihkan tanah kita daripada dosa penindasan, diskriminasi dan eksploitasi terhadap sesama manusia.
3. Berikan orang India sebuah bandar untuk ditadbir
Orang Melayu mentadbir seluruh negara. Orang Cina mentadbir sebuah negeri (Pulau Pinang). Orang Sabah dan Sarawak mempunyai tanah leluhur mereka untuk ditadbir. Mengikut logik ini, tidakkah orang India juga, sebagai kelompok identiti ketiga terbesar di semenanjung, sepatutnya diberikan sekurang-kurangnya sebuah bandar untuk ditadbir?
Jika Malaysia boleh mencipta bandar seperti Putrajaya, Cyberjaya atau Forest City, sudah pasti kita juga boleh mencipta sebuah bandar untuk ditadbir oleh orang India.
Kita tidak perlu mencipta sebuah bandar dari kawasan sedia ada. Kita boleh menambak tanah dari laut untuk membina sebuah bandar di mana orang India akan diberi peluang untuk mentadbir, seperti mana orang Melayu dan Cina juga mempunyai peluang untuk mentadbir dalam negara.
Saya tidak mengatakan bahawa sesebuah bandar dalam bentuk ghetto harus dibuat secara eksklusif untuk orang India- saya hanya mengatakan bahawa apa salahnya sekiranya sebuah bandar diperuntukkan kepada orang India, di mana orang India akan diberi harga diskaun untuk membeli rumah atau tanah, sama seperti golongan Bumiputera yang diberikan harga diskaun untuk membeli tanah atau rumah di seluruh negara.
Dengan memberi orang India “layanan keutamaan” sedemikian di sebuah bandar baru, faktor ekonomi akan memastikan bilangan orang India di bandar baru itu lebih besar daripada bilangan bukan India, yang kemudiannya akan membolehkan orang India “mentadbir” bandar itu.
Pada zaman dahulu, negeri naungan atau vassal akan diberikan kawasan untuk ditadbir sebagai balasan kepada sokongan dan kesetiaan mereka. Mengikut logik itu, apa salahnya jika PN juga menjanjikan orang India sebuah bandar untuk ditadbir, sebagai syarat untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan orang India ?
TheRealNehruism adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


