Telah menjadi kebiasaan dan amalan yang tegar apabila hukum-hukum yang dijatuhkan oleh Tok Guru, Tok Sheikh atau “spiritual leaders” tidak akan ditanya, dipertikaikan atau dipersoalkan. Malah seringkali terdapat hukum-hukum yang direkacipta dilebih-lebihkan tokok tambah fatwanya mengatasi wahyu Tuhan mengikut selera dan nafsu Tok Guru. Sehingga penganut menjadi takut tidak berani mempersoalkan dan penganut diasak dengan ayat-ayat tentang dosa dan pahala mudah supaya mereka sentiasa rasa bersalah dan berdosa. Jika penganut persoalkan hukum-hukum ciptaan ini mereka akan disesatkan, dimurtadkan atau dikafirkan sehingga dinerakakan mereka.
Ruang-ruang inilah dipergunakan segolongan para “spiritual leaders” untuk memasarkan perniagaan mereka dan sangat menguntungkan. Harga jual-belinya tidak pernah dipertikai apa lagi tawar menawar dalam erti kata lain penganut akan patuh sahaja. Contohnya seperti kutipan dari perniagaan pergi haji dan umrah, penganut akan menjual segala harta untuk berulang kali ke Mekah mungkin mencuci dosa. Begitu juga perniagaan melalui projek hiasan pusat-pusat ibadah seperti masjid dan surau yang gah dengan kecantikan bangunan tetapi kosong dengan pengisian malah yang mendukacitakan sering berlaku perbalahan dalam pentadbiran mesjid itu.
Dan yang lebih rancak ialah kutipan untuk pusat-pusat pengajian atas branding agama yang ditubuhkan menggunakan dana oramg ramai. Atas nama agama juga peminta-peminta sedekah di kaki lima masjid dan bank hidup lumayan dengan bermodalkan lafazkan bait-bait bahasa Arab atau yang bunyi seperti Arab. Penyumbang pun tidak pernah persoalkan kerana harapan mereka kelak apabila mati akan mendapat ganjaran. Maka lahirlah ramai ‘scammer agama’ yang mempergunakan agama sebagai alat promosi dan adalah kebiasaan penganut yang tertipu tidak akan melapurkan kepada pihak berkuasa kerana semuanya dihalalkan.
Dalam industri pelancongansudah ada pakej pelancongan Islam yang umum tidak tahu apa yang Islamnya mereka jual. Hakikatnya Islam adalah tentang amalan dan penyerahan diri kepada Tuhan yang esa. Akan tetapi Islam ditafsirkan dengan hanya membawa pelancong melancong ke masjid melihat kubah, ukiran ayat-ayat di dinding mesjid maka itu sudah memadai tafsiran Islamnya.
Hari ini Islam seperti sudah menjadi hak eksklusif negara Arab. Menurut beberapa laporan dan kajian 2024 perolehan dari Haji dan Umrah dianggarkan menjana sekitar $171 bilion USD untuk Arab Saudi. Angka ini mewakili sebahagian besar daripada KDNK bukan minyak Kerajaan itu. Ironinya disebalik kemewahan dan kekayaan ini, tidak kurang juga banyak negara-negara Islam yang mundur dan miskin.
Citra Alam (ancientkedahheritage@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


