PENDAPAT | BUDI95: Disebalik Sebuah Mekanisma Bersasar Kerajaan MADANI

Opinion
3 Oct 2025 • 4:00 PM MYT
Iman Syah
Iman Syah

A youth with full of interest in how Malaysia serves its citizens

Image from: PENDAPAT | BUDI95: Disebalik Sebuah Mekanisma Bersasar Kerajaan MADANI
Photo by engin akyurt on Unsplash

Walaupun sebelum pelaksanaan BUDI95 lagi, warganet sudah membahaskan isu seperti cara perlaksanaan dan kuota diberikan hangat diulas. Walaupun setelah beberapa hari telah berjalan inisiatif ini, masih lagi ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan jumlah kuota, harga asal telah dinaikkan kepada RM2.60 dan ada yang masih bertanyakan kenapa perlukan kad pengenalan sebagai mekanisma.

Persoalan seperti kenapa kad pengenalan itu juga sering saya sendiri bertanya. Kalau diperhalusi kembali, kad pengenalan ini sangat mahal kepada seitap rakyat Malaysia bukan kerana didenda jika hilang atau disaman ketika tidak membawa bersama menaiki kenderaan akan tetapi ia suatu data yang sulit bagi mana-mana pihak, ia mahal kerana dengan kad tersebut pelbagai urusan boleh dibuat dari segi kewangan, perjanjian, jual beli dan lain-lain.

Bagi kerajaan, data ini sangat bukan sahaja sulit dan berharga tetapi ia satu alat dijadikan mekanisma mengukur, menjejak, mengenal pasti serta menapis dalam pelbagai hal terutamanya melibatkan dasar awam.

Sebelum BUDI95, kita terlah diberi insentif yang lebih kurang sama iatu SARA. Bantuan RM100 kepada semua rakyat di Malaysia tidak kira latar belakang kaya atau miskin. Begitu juga BUDI95, diberikan tanpa melihat latar belakang kaya atau miskin.

Jika diperhatikan, saluran bantuan terus dengan menggunakan kad pengenalan dan mudah dipakai oleh semua tanpa perlu beratur merebut baucer ataupun menuntut melalui aplikasi pihak ketiga. Ianya memang suatu mekanisma yang baik dan tepat, kad pengenalan kita sebuah alat yang canggih dalam integrasi.

Tidak mustahil jika insentif kerajaan akan datang juga melalui mekanisma yang sama tetapi akan lebih bersasar kepada pihak yang memerlukan kerana apa? Kerana sekarang kerajaan telah mengutip banyak data melalui penggunaan kad pengenalan ini. Ia juga menjadi suatu penanda aras mekanisma sebegini memudahkan rakyat dan lebih terkawal. Boleh dikatakan, mekanisma ini menggantikkan atau diintegrasikan Pengkalan Data Utama (PADU) yang fungsinya untuk mengumpul data dan menyalurkan manfaat sepatutnya.

Photo by Deng Xiang on Unsplash
Photo by Deng Xiang on Unsplash

Disebalik nombor kad pengenalan itu juga ada pelbagai rahsia setiap individu, jumlah gaji, cukai dibayar, perniagaan berdaftar, pembelian dan sebagainya. Dengan penggunaan kad pengenalan, kita boleh lihat siapa yang sebenarnya layak dibantu dengan pemberian bantuan berikutnya. Kadar bantuan juga mungkin berubah pada masa akan datang, bergantung kepada dasar kerajaan.


Iman Syah (imanunimap@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.