Pendapat: Kenapa jangan undi BN-UMNO dan MIC di PRU15

Opinion
14 Oct 2022 • 10:00 AM MYT
VK
VK

Personal Assistant, Political Analyst

Image from: Pendapat: Kenapa jangan undi BN-UMNO dan MIC di PRU15
Source: Buletinonline.net

1. Parti ini menerajui begitu lama tetapi taraf penduduk Melayu dan India masih ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak. Ini adalah akibat polisi atau projek mereka telah gagal atau tidak dilaksanakan dengan baik dan jujur.  

2. Kebudayan atau matlamat parti ini mahukan rakyat sentiasa berharap kepada bantuan kewangan atau subsidi dari mereka. Kerajaan gunakan taktik seperti ini tetapi kesedihan rakyat tidak mampu bersaing lalu berdikari dari kesusuhan atau kemiskinanan. Ini ialah realiti yang sedang berlaku sehingga hari ini. Oleh demikian itu, siapa menang – rakyat atau parti/kerajaan?

3. Parti ini yang selalunya bermain perkauman dan kononnya mereka sahaja yang boleh membela nasib Melayu dan India tetapi sebenarnya mereka membela nasib diri sendiri termasuk kroni dengan wang dan kuasa.  

4. Parti ini kebanyakan pemimpin terutama yang tertinggi dan kroni mereka telah menyelewang wang rakyat dengan begitu besar sehingga berbillion atau bermillion melalui rasuah, makan gaji buta, wang haram dan salah guna kuasa.

5. Parti ini menerajui oleh pemimpin-pemimpin lama yang tidak lagi efektif pada zaman sekarang yang berdigital atau berteknologi canggih. Dimana segala polisi atau projek atau cara kerja boleh dilakukan atau dilaksanakan dengan cepat dan tepat.

6. Parti ini perlu kalah supaya pemimpin yang baru, muda, dan jujur muncul ke hadapan demi kebaikan parti dan penyokong mereka.

7. Negara masih ketinggalan dari segi berdaya saing, kos sara hidup, indeks rasuah, gaji, termasuk pendapatan industri kecil. 

8. Negara ini masih mampu bertegah bukan sebab pemimpin-pemimpin sebelum ini bijak atau jujur tetapi adanya sumber-sumber asli seperti minyak-petrol, disel dan gas, dan sumber ini memberi pendapatan yang berbillion untuk kerajaan membelanja dan mengendalikan projek-projek. Dan negara ini diberkati dengan tanah dan cuaca yang sesuai untuk bertanam pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, padi dan sebagainya. Justeru itu, bidang ini boleh dikembangkan dengan pesat lalu kurangkan impot makanan. Taraf kehidupan petani dan nelayan juga boleh meningkat sama sekali.

9. Tahap hutang sekarang telah menjejah RM1.045 Trillion (1,045,000,000,000) dan baru-baru ini telah bayar feadah sebanyak RM19.8billion (RM19,800,000,000). Bayaran feadah begitu banyak menunjukkan kerajaan dulu dan sekarang tidak langsung pedulikan keseriusan hutang yang begitu tinggi dan akhirnya siapa akan tanggung? Tidak lain dan tidak bukan oleh rakyat jelata dan generasi muda termasuk anak-anak kita. 

10. Syarikat-syarikat besar di negara ini begitu bermaharajalela dengan keuntungan besar tetapi tidak menjagai pekerja mereka dengan baik termasuk bayar gaji rendah.  

11. Sebahagian agensi-agensi kerjaaan tidak sebenarnya berfungsi sebagai agensi semak dan seimbang. Ataupun mereka tidak berani menjalankan tugas dengan adil dan saksama sebab ketakutan hilang jawatan atau kenaikan pangkat. Ini adalah cara mereka mentadbir negara ini sampai ke tahap akan menyusahkan kesemuanya di masa singkat nanti. 

Nota: Minta maaf sekira menyinggung hati pembaca. "Siapa yang makan cili, merekalah akan berasa" 


VK adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.