60 tahun lalu, jika kita membandingkan rakyat Malaysia dengan rakyat Singapura, kita mungkin sukar melihat sebarang perbezaan yang ketara.
Hari ini, perbezaan itu bukan sahaja wujud — kita dapat merasai perbezaan in secara naluri dengan jelas .
Apakah perbezaan dapat kita lihat diantara rakyat Malaysia dengan rakyat Singapura?
Jika saya perlu menjawab soalan ini dengan satu perkataan, perkataan yang saya akan gunakan ialah: Lee Kuan Yew.
Dalam tempoh dua atau tiga generasi terakhir, rakyat Singapura telah bersungguh-sungguh membentuk diri mereka mengikut acuan Lee Kuan Yew sehingga hari ini mereka telah telah menjadi ternyata berbeza daripada rakyat Malaysia. Mereka mungkin kelihatan seperti kita dari sudut fizikal atau budaya, tetapi apabila kita berinteraksi dengan mereka, kita akan merasai dengan jelas bahawa mereka bukan lagi seperti kita lagi,
Dalam konteks bapa sebuah negara, Lee Kuan Yew adalah seorang pemimpin yang benar-benar layak digelar Bapa Negara, kerana seluruh Singapura telah dibentuk menurut imej dan visinya.
Rakyat Singapura hari ini bercakap seperti Lee Kuan Yew, berfikir seperti Lee Kuan Yew, dan bertindak seperti Lee Kuan Yew. Mereka melakukan semua itu bukan kerana dipaksa, tetapi kerana mereka benar-benar memandang tinggi Lee Kuan Yew dan bercita-cita mahu menjadi sepertinya.
Kenapa?
Kerana Lee Kuan Yew sememangnya seorang tokoh yang hebat.
Pada pandangan saya, selain daripada Nelson Mandela, Lee Kuan Yew ialah pemimpin dunia yang terhebat dalam era pasca-Perang Dunia ke Dua. Dalam kalangan pemimpin dunia, dua tokoh ini berdiri di kelas yang tersendiri.
Lee Kuan Yew bukan sahaja menjadikan Singapore sebagai antara negara kota paling berjaya dalam sejarah manusia, beliau juga boleh dianggap sebagai arkitek tidak rasmi kepada kebangkitan China moden.
Sejarah mungkin akan menobatkan Deng Xiaoping sebagai pemimpin hebat China yang berjaya mengubah negara China dari sebuah negara mundur awal 90an sehingga menjadi kepada kuasa besar dunia hari ini, tetapi Deng hanya berjaya membuat perubahan yang besar ini kerana beliua banyak mengambil nasihat, panduan dan ilham daripada Lee Kuan Yew.
Saya bukan satu-satunya orang yang menyedari hakikat ini. Tokoh hebat seperti mendiang Charlie Munger juga pernah menyatakan tanpa was was bahawa Lee Kuan Yew berhak digelar sebagai tokoh pentingyang memainkan peranan yang sangat besar dalam menerajui kebangkitan China.
Dalam erti kata lain, Lee Kuan Yew bukan sahaja Bapa kepada Singapura— beliau juga boleh dianggap sebagai “godfather” kepada China.
Bayangkan, kita pernah memiliki Lee Kuan Yew selama hampir dua tahun sebelum kita kehilangan beliau apabila Singapore berpisah daripada Malaysia.
Jika beliau mampu melakukan begitu banyak perubahan yang hebat untuk Singapura dan China, bayangkan apa yang mungkin boleh lakukan untuk kita sekiranya beliau kekal bersama Malaysia.
Tetapi yang telah berlaku tetap telah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada gunanya kita meratapi sesuatu yang sudah berlalu.
Memandang ke hadapan, daripada semua ahli politik tempatan, saya melihat Khairy Jamaluddin sebagai individu yang berpotensi mendekati apa yang telah dicapai oleh Lee Kuan Yew.
Dalam Khairy Jamaluddin, saya melihat ktegasan, kecekapan, kecerdasan dan tenaga yang pernah dimiliki Lee Kuan Yew.
Khairy Jamaluddin juga terbukti mampu memaksa rakyat menerima sesuatu dasar yang beliau percaya perlu — lihat sahaja lah cara beliau mengetengahkan isu Generational End Game (GEG) bagi tembakau atau mandat vaksin — sama seperti Lee Kuan Yew pada zamannya, Khairy juga tidak teragak-agak unt memaksa rakyat Malaysia untuk mengikut haluan yang beliau tetapkan, demi untuk mencapai matlamat yang lebih besar. ( Sebagai nota sampingan, saya ingin menjelaskan di sini bahawa secara peribadi, saya bukan lah seorang penyokong dasar GEG mahupun mandat vaksin. Malah, pada zaman Covid dahulu, saya telah memilih untuk tidak divaksin, dan keputusan itu telah membawa banyak kesulitan kepada saya.)
Namun, mengetepikan perkara itu, saya tetap melihat Khairy Jamaluddin sebagai seorang pemimpin yang menunjukkan ketegasan luar biasa — sejenis ketegasan yang mengingatkan saya kepada Lee Kuan Yew — apabila beliau berani melaksanakan kedua-dua dasar ini walaupun dasar-dasar ini adalah tidak popular dan mendapat tentangan hebat.
Terdapat satu perkataan Melayu yang sering digunakan ramai orang walaupun maksudnya tidak begitu difahami — perkataan itu ialah wibawa.
Perkataan Wibawa ini berasal daripada istilah Sanskrit atau Pali, iaitu Vibhava.
Bhava merujuk kepada sifat semula jadi yang sedia ada dalam diri seseorang, manakala Vibhava pula merujuk kepada sifat yang boleh dibentuk, dipupuk dan dikembangkan oleh seseorang mengikut kehendak serta usahanya sendiri.
Walaupun kedua-dua istilah ini bersifat neutral dalam falsafah India, dalam bahasa Melayu, wibawa membawa maksudyang positif.
Dalam konteks Melayu, jika seseorang itu mempunyai wibawa, dia akan mempunyai keupayaan untuk mengubah dirinya untuk menjadi apa yang diperlukan oleh keadaan.
Jikalau kita berwibawa, walaupun kita sering tewas hari ini, kita mampu mengubah diri kita menjadi seorang juara di masa yang akan datang.
Seseorang yang berwibawa juga mampu mencari jalan penyelesaian pada hari esok, meskipun hari ini dia dibelenggu pelbagai masalah
Saya rasa tiada siapa di dunia hari ini yang meragui bahawa Lee Kuan Yew sememangnya seorang tokoh gergasi yang mempunyai wibawa yang luar biasa.
Khairy Jamaluddin walaubagaimanapun, masih belum mendapat peluang untuk menunjukkan wibawa yang sama, walaupun dia telah lama menunjukkan indikasi bahawa dia memiliki potensi yang sama.”
“Sehebat mana sekalipun seseorang itu, dia tetap memerlukan pentas yang sesuai untuk benar-benar menyerlah. Mungkin pada masa akan datang, sekiranya Khairy berjaya menemukan ruangnya di pentas tersebut, barulah kita dapat menyaksikan keupayaan sebenar beliau.
Marilah kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku.
TheRealNehruism (nehru.sathiamoorthy@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


