
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tidak berhak mengulas perjuangan pemimpin Melayu khususnya berkenaan dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Semua kenyataan-kenyataan dari P. Ramasamy berbaur perkauman terhadap orang Melayu dan segala inisiatif dan usaha untuk memajukan bangsa Melayu di anggap sia-sia.
Adakah orang Melayu patut menyerahkan masa depan mereka dan bergantung harapan kepada P Ramasamy? atau DAP? Adakah Ramasamy akan menyelesaikan masalah orang Melayu yang berpecah belah? atau Ramasamy lebih suka kalau orang Melayu berpecah supaya dapat memberi kemenangan besar kepada DAP?
Kami yakin melalui Proklamasi Orang Melayu, lebih ramai akan sedar permasalahan orang Melayu dan bersatu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan orang-orang Melayu yang menjadi masalah utama. Ramai orang Melayu sebenarnya jahil tentang masa depan mereka dan kurang terdedah dengan polisi dan dasar kerajaan.
Tujuan Proklamasi ini adalah untuk menyedarkan orang-orang melayu sekurang-kurangnya untuk menunaikan tanggung-jawab mereka untuk keluar mengundi.
98% Bangsa bukan Melayu telah bersatu dan keluar mengundi semasa pilihanraya umum ke lima belas (PRU15) berbanding kurang dari 65% pengundi bangsa Melayu. Proklamasi ini menjelaskan kenapa perlunya orang Melayu untuk keluar mengundi dan undi pemimpin yang berwibawa yang bersih, cekap dan amanah dan bukan mengundi kerana mendapat buah tangan, saguhati atau wang.
Ramasamy adalah seorang pemimpin yang sentiasa menyerang penyatuan orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang mewakili orang Melayu. Sifat dan kenyataan Ramasmylah yang menimbulkan kemarahan dan provokasi orang Melayu terhadap kaum bukan Melayu.
Proklamasi Orang Melayu bukanlah agenda politik tetapi inisiatif yang dimulakan oleh sebilangan orang-orang Melayu yang sayangkan bangsa dan risaukan masa depan orang-orang Melayu. Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang nasionalis veteran tentulah menyokong usaha kami.
Tun Dr Mahathir telah pun memfailkan saman fitnah keatas Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh Dr Mahathir memperkayakan ahli keluarga dan kroninya. Ramasamy juga boleh di saman jika terus membuat fitnah.
Kami juga menggesa pihak polis untuk menegakkan undang-undang dan mengambil tindakan ke atas Ramasamy yang dan ternyata telah banyak menyinggung perasaan orang Melayu.
Rujukan: Malaysia Gazette
Armin Baniaz Pahamin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.



