
Selepas Ahli Parlimen Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), kini tiba giliran Zakri Kechik (Jeli) membuat kenyataan untuk menyokong kerajaan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim secara peribadi.
Hal ini terjadi secara berterusan dari satu ahli ke satu ahli, jika diteliti ini bukan perkara aneh. Perkara ini membabitkan hal peruntukkan kepada blok pembangkang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan jika blok pembangkang mahukan peruntukkan, mereka harus datang berbincang secara baik dan menyokong kerajaan sehingga habis penggal.
Perkara ini juga terjadi ketika pentadabiran Barisan Nasional (BN), umumnya paling dekat ketika dibawah pentadbiran Ismail Sabri. Namun seharusnya amalan ini tidak patut diteruskan oleh kerajaan MADANI, kerana ia akan menunjukkan sifat balas dendam secara tidak langsung. Kerajaan MADANI seharusnya menunjukkan imej kerajaan yang progresif, adil, dan integriti.
Rakyat sudah mula menilai prestasi kerajaan MADANI terutama pada saat kritikal ini. Persepsi akan mula bermain dan dimainkan untuk kepentingan politik. Tidak ada salah, jika peruntukkan diberi tanpa ada niat prejudis dan ditumpukan urusan rasmi kerajaan dalam pembangunan dan pemulihan.
Sifat amalan yang berulang ini menjadiakan politik Malaysia tidak sihat dan matang. Sifat ini harus dihentikan dan digantikan dengan sifat amalan tanggungjawab oleh kerajaan kepada rakyat melalui wakil rakyat tanpa kira parti. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kesal berikutan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2023 lapor Berita Harian.
Memang betul wujud peruntukkan oleh kerajaan dari segi projek akan tetapi itu terang-terang menampakkan logo kerajaan di atas nama projek. Apa salah jika mengisyitharkan peruntukkan kepada semua ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat? Jika mahukan rakyat mengetahui bahawa kerajaan telah pun melaksanakan tanggungjawab,
Kerajaan MADANI adalah kerajaan yang tepat untuk mengehentikan segala amalan yang tidak berfaedah dan mempromosikan sifat dwipartisan dalam beberapa urusan yang berkepentingan bersama. Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh yang membawa imej tabligh, amanah, siddiq dan fatanah yang jelas rakyat mengharapkan pembaharuan.
Iman Syah adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

