
PRU15 bakal menjelang dengan tarikh pengundian telah ditetapkan. Macam biasa, blok-blok politik mula berkempen bagi memenangi hati pengundi termasuk pengundi atas pagar. Tapi tak sangka ada orang cuba kitar semula kempen lama: Selamatkan Malaysia.
Yang cakap bukan orang lain, orang yang kononnya sudah bersara dari dunia politik: Lim Kit Siang. Kononnya, kalau nak Malaysia kembali ke tangan PH termasuk lantik Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, kena harap keajaiban politik. Dan beliau kata itu tak mustahil kalau pengundi dapat ulangi undian mereka empat tahun lepas kalau nak selamatkan Malaysia.
Kelakar sebenarnya kenyataan ini. Sebabnya, selain Kit Siang, Tun Dr Mahathir Mohamad juga buat kenyataan sama masa umum nak bertanding di Parlimen Langkawi untuk blok politik beliau, Gerakan Tanah Air (GTA). Kononnya, dengan bertanding, dapat selamatkan Malaysia daripada musuh ketatnya, UMNO-BN.
Terdesak sangatkah sampai ulang kempen basi empat tahun lepas? Dulu, bolehlah. Konon, kalau undi PH/Mahathir, selamatkan Malaysia daripada korupsi. Konon kalau pangkah PKR/Amanah/DAP masa tu, reputasi Malaysia dapat dipulihkan. Dan pada 9 Mei 2018, PH jadi kerajaan seperti tercatat dalam sejarah.
Tapi sejak itu, ekonomi negara merudum dengan modal asing mengalir keluar. Aset-aset negara dijual dengan harga diskaun kononnya untuk langsaikan hutang. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilantik dianggap tak mesra pasaran. Sampai ada buku judul Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia terbit sebab nak telanjangkan mitos-mitos ekonomi PH.

Asyik-asyik propa hutang, hutang, hutang! Kalau yang cakap orang politik biasa, pasaran saham taklah gementar sangat. Ini yang cakap PM dan Menteri Kewangan masa itu, Mahathir dan Guan Eng.
Dulu, tuduh lawan (BN) sebagai gila kuasa dan salahguna kuasa. Tapi berdasarkan laporan pasukan petugas khas yang siasat buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, nampaknya PH dua kali lima sama saja.
Jadi, nak tanyalah sikit, kalau undi PH atas dasar selamatkan Malaysia, habis kenapa situasi ekonomi negara kacau-bilau? Katanya ada integriti bla bla bla kalau naik, rupanya dia pun buat salah juga. Jadi, sebenarnya nak selamatkan Malaysia daripada siapa?
Nak bilang sikit, kempen Selamatkan Malaysia ke, Ayuh Malaysia ke, dah basi sebenarnya. Orang sekarang undi blok politik mana yang jamin kebajikan mereka. Setakat propa integriti, Selamatkan Malaysia bla bla bla, takkan ke mana. Kalau propanya boleh dibuat lauk makan, tak apa juga. Tapi kalau setakat slogan murahan, tiada siapa nak keluar undi parti begini.
Nak selamatkan Malaysia? Elaklah mengundi PH atau Mahathir. Sesiapa saja kecuali kedua-duanya. Sebabnya, orang serik dengan apa yang berlaku sepanjang tempoh 22 bulan memerintah. Yang diberi bukan laba tapi hampas!

Kongsi pengalaman, impian atau harapan anda untuk #PRU15 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM16,500! Berminat? Ambil bahagian di sini.
Mohamad Azim adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


