
Pakatan Harapan ialah sebuah gabungan mengandungi KEADILAN, DAP and AMANAH( pemishan PAS) and sekarang UPKO and allied parti MUDA. Pemimpin gabungan ini telah memperjuangkan sejak hari pertama bahawa reformasi dari segi ketelusan, keadilan, akauntabiliti dan kedaulatan undang2 adalah cara untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin. Ini hanya boleh menjadi realiti melalui orang ini tidak lain dan tidak bukan DS Anwar Ibrahim dan penggantinya yang akan datang adalah orang yang paling tepat Rafizi Ramli, seorang PM berpotensi masa depan.
Sememangnya, kebanyakan kita tahu kemampuan Anwar Ibrahim daripada seorang menteri kewangan yang cemerlang kepada seorang pemimpin yang hebat dan tokoh yang disegani di peringkat antarabangsa. Beliau mempunyai karisma dan keupayaan untuk membetulkan struktur pengendalaian kerajaan dan mampu menarik pelabur asing untuk melabur di Malaysia yang terjejas teruk akibat kerajaan PN yang tidak stabil atau cekap tidak dan kemudian gabungan BN-PN pun sama dengan adanya kabinet begitu ramai lebih kurang 70 menteri dan menyebabkan mata wang kita turun mendadak. Kewangan negara berada dalam keadaan teruk dengan hutang yang tinggi dan pembaziran sumber dan kejatuhan dalam pelaburan asing akan melumpuhkan ekonomi kita.
Beliau adalah seorang yang ikhlas ingin meringankan penderitaan rakyat yang terperangkap dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya makanan, rumah, yuran kolej/universiti, dan lain-lain ditambah dengan gaji yang rendah, pengangguran, penembusan internet yang lemah, perkhidmatan kesihatan yang tidak cekap, dan lain-lain. Anwar adalah seorang yang telah bersama rakyat jelata di lapangan selama bertahun-tahun sambil memperjuangkan keadilan dalam apa jua cara dan bentuk adalah seorang pemimpin yang tepat dan layak menjadi PM10.
Kejatuhan PH selepas 22 bulan sebagai kerajaan hari ini adalah tidak wajar untuk menyalahkan Anwar kerana beliau tidak berada dalam kabinet dan Mahathir adalah orang yang mengendalikan kerajaan ketika itu. Beliau sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menerajui negara dengan keyakinan bahawa beliau adalah seorang yang berubah dan mahu membentuk kerajaan yang bertanggungjawab serta ambil tindakan terhadap mereka yang korup. Beliau sepatutnya menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Anwar selepas tempoh yang dipersetujui bersama seperti yang didakwa selepas 2 tahun Mahathir enggan memberi masa yang pasti untuk meletakkan jawatan. (FMT) Kemudian datangnya 'Langkah Sheraton' dan Mahathir dengan mudahnya meletakkan jawatan dan membuat PH runtuh. Mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa ini ialah Mahiddin, Azmin, dan Hamzah seperti yang didakwa oleh Mahathir sendiri baru-baru ini. (Jadi, bagaimana anda boleh menyalahkan Anwar dan rakan gabungannya yang sebenar?)
Walaubagaimanapun, adalah satu rahmat terselindung untuk PH dan Anwar dengan adanya Rafizi Ramli kembali sekarang sebagai timbalan presiden PKR dan dijangka menjadi pengganti dan PM paling layak dalam masa akan datang. Beliau bijak dan memahami isu rakyat dengan baik dan yang paling penting beliau berasal dari latar belakang sederhana tanpa bebanan politik dan beringin berbuat terbaik untuk rakyat, dan memperkukuh negara.
Malaysia ketika itu pada tahun 60-70/'80an yang pernah disebut-sebut sebagai 'negara harimau mengaum'. Dan pada era itu, perpaduan berada di titik tertinggi dalam sejarah di mana semua orang tanpa mengira bangsa dan agama gembira, bergaul dan bekerjasama dalam sektor kerajaan dan swasta. Semoga ini akan kembali untuk merancakkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Jadi, parti pelbagai budaya seperti PH adalah cara untuk ke hadapan untuk mewujudkan kerajaan yang dinamik dan mampan.
Oleh itu, dengan rendah hati memohon semua orang termasuk ramai pengundi kali pertama datang beramai-ramai untuk mengundi HARAPAN tanpa mengira hujan atau banjir pada 19 November 2022. Masa depan negara di tangan anda sekarang.

Kongsi pengalaman, impian atau harapan anda untuk #PRU15 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM16,500! Berminat? Ambil bahagian di sini.
VK adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

