Huawei mencatatkan pendapatan RMB 35.6 billion (~RM 22.9 bilion) yang bersamaan dengan pengurangan 69% berbanding 2021. Ini adalah penurunan pendapatan yang terbesar Huawei sejak 2011. Impak sekatan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya dapat dilihat dengan jelas di sini.

Menurut Huawei kesan lain yang menyebabkan keuntungan merosot ialah peningkatan kos komoditi, kawalan pandemik yang ketat di China dan jualan Honor pada tahun 2021. Tetapi tidak semuanya buruk bagi Huawei pada tahun 2022.
Perniagaan perusahaan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 30% dengan RMB 45.3 bilion dijana oleh oleh perkhidmatan awanan yang semakin berkembang. Usaha mereka dalam dunia automotif pula menjana RMB 2.1 bilion setakat ini dengan ia turut berkembang. Perniagaan peranti pula hanya menyusut 11% yang adalah lebih rendah berbanding penyusutan pada tahun 2021.
