Pendapatan lebih tinggi kepada rider p-hailing Grab, selepas penstrukturan semula insentif dan jadual bayaran bonus

26 Jan 2024 • 4:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pemandu dan penghantar (rider) boleh menikmati pendapatan yang lebih kerana Grab Malaysia telah meningkatkan kadar keperluan pembatalan (CR) untuk semua insentif dari 5% ke 8%.

Dengan menaikkan kadar keperluan pembatalan itu, lebih ramai rider akan layak mendapat Bonus Mingguan dan Bonus Prestasi.

Bagi pemandu dan rider p-hailing di kawasan Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka dan Ipoh, Bonus Prestasi akan dibuat dua kali seminggu (Isnin dan Jumaat) untuk membantu aliran tunai mereka.

Grab Malaysia sebelum ini telah menyusun semula rangka kerja bayaran dan bonusnya untuk memastikan pampasan adil kepada rider penghantaran serta pemandu p-hailing yang menerima tempahan yang memerlukan lebih banyak masa dan usaha.

Struktur baharu itu, kata Grab Malaysia, merupakan asas kepada komitmen syarikat itu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pampasan yang adil kepada rakan penghantar berdasarkan kepada masa, usaha dan jarak. – 26 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved