Pendapatan PBT meningkat hasil usaha Kerajaan GRS

LocalPolitics
4 Feb 2025 • 3:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Usaha kerajaan negeri dalam memperkasa pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuahkan hasil apabila semua PBT Sabah meningkatkan pendapatan secara signifikan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, kunci kepada kejayaan itu adalah menyalurkan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

AdvertisementMenurutnya, aspek itu yang ditekankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui kementeriannya sebaik mengambil alih tampuk pentadbiran Sabah sebelum ini.

“Sebagai contoh (Majlis Daerah) Beaufort, bila kita ambil alih dulu, kewangannya dalam RM4 juta saja, tapi sekarang sudah menjangkau lebih RM20 juta. Ini Beaufort sahaja, tidak termasuk Keningau dan daerah lain.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Begitu juga Semporna (MDS) sebagai contoh, masa kita ambil alih kerajaan, cuma ada dalam RM100,000. Tapi sekarang, cuba tengok Semporna sudah berjuta dan saya ingat macam tahun lepas, lebih RM10 juta.

“Ini kerana sistem pengurusan bagus yang kita tekankan kepada semua PBT supaya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan iaitu pembayar cukai yang juga rakyat,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Hari Keluarga Majlis Daerah Beaufort yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif MDB, Mohd Ainul Mohd Dun, di sini.

Sehubungan itu, Isnin yang juga wakil rakyat Klias menggesa semua PBT terus memperkasa kualiti perkhidmatan sekali gus dapat meningkatkan lagi pendapatan PBT.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Memasuki tahun baharu, kita (kerajaan) mahu PBT melaksanakan kerja lebih bagus, lebih tekun dan lebih efisien supaya kita dapat bagi kepuasan kepada semua pembayar cukai.

“Kalau perkhidmatan tidak memuaskan, macam mana mereka mahu bayar cukai..macamana mahu bagi kita ‘income’. Jadi kita bagi perkhidmatan yang bagus, maka hasilnya juga akan bagus.

“Justeru, saya harap semua PBT dapat tingkatkan lagi prestasi bagi memastikan rancangan menaiktaraf status ke Majlis Perbandaran atau Majlis Perbandaran ke Bandaraya dapat dicapai,” tegasnya.