Pendarahan ketika hamil, adakah ibu masih perlu solat dan puasa? Ini jawapan agamawan

Family & Parenting
19 Aug 2022 • 6:47 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KETIKA hamil, wanita lazimnya tidak mengalami haid. Bagaimanapun dalam keadan tertentu, berlaku pendarahan sebelum bersalin yang disebabkan pelbagai punca. Menjadi persoalan para wanita, adakah sah ibadah solat dan puasa yang ditunaikan atau ia perlu diqada?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wanita hamil mengalami pendarahan dianggap haid menurut pandangan muktamad Syafie sekiranya ia mencukupi syarat tempoh minimum haid iaitu sehari semalam bersamaan 24 jam dan tidak melebih 15 hari 15 malam.

“Wanita hamil yang mengalami pendarahan disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor perubatan kerana dikhuatiri kandungan mengalami masalah. Sekiranya berlaku keguguran, maka darah yang keluar selepas kosongnya rahim ialah darah nifas,” katanya.

image is not available

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis pendarahan yang berlaku disebabkan kehamilan seperti berikut:

Darah nifas – Darah yang keluar selepas rahimnya kosong akibat bersalin atau keguguran dan sebelum berlalunya 15 hari daripada tempoh kosong rahim.

Darah al-tolaq – Darah yang keluar ketika sakit melahirkan anak.

Darah fasad – Darah yang keluar semasa kelahiran bayi. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan pendarahan wanita hamil tetapi bukan kerana keguguran atau sakit bersalin.

image is not available

LIMA INFO DARAH NIFAS

1-Menurut mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari.

2-Bagi mazhab Hanbali, had maksimum darah nifas iaalah 40 hari.

3-Jika darah nifas berhenti dan naqa’ (bersih tanpa darah) selepas 15 hari, kemudian datang kembali tetapi tempohnya masih tidak melebihi 60 hari.

4-Pendarahan kali kedua tersebut tidak boleh dikira darah nifas sebaliknya adalah darah haid kerana terdapat selang selama 15 hari suci.

5-Begitu juga sekiranya darah yang kedua itu melebihi 15 hari tetapi masih belum melepasi kadar maksimum haid iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan