
SANDAKAN: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia dipenjara 34 tahun dan 14 sebatan atas tiga pertuduhan merogol dan menyerang secara seksual anak perempuan abang tirinya yang berusia 14 tahun, awal bulan ini.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Zaini Fishir @ Fisal atas tuduhan melakukan kesalahan itu.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu masing-masing dijatuhi hukuman 13 tahun dan tujuh sebatan kerana merogol remaja bawah umur itu pada 8 Julai pada 11 malam dan pada 9 Julai pada pukul 3 pagi, di ruang tamu rumah pekerja ladang, di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) dan 26(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dipenjara lapan tahun kerana melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap mangsa sama pada 7 Julai, jam 11 pagi di tempat sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dibaca bersama Seksyen 16(1) dan 26(1) akta sama.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.
Lelaki itu juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana kemasukan haram ke negara ini dan diperintahkan menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman kes ketiganya, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa lelaki itu ditahan pada 11 Julai selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan membawa anak perempuannya ke hospital, di mana pemeriksaan perubatan mendedahkan pendarahan teruk.


