Pendatang tanpa izin lolos: 41 berjaya ditahan setakat pagi ini - KP Perak

4 Feb 2024 • 2:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata dua tangkapan terbaharu itu dibuat pada awal pagi ini.

Katanya kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 9.50 malam 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved