Pendatang tanpa izin miliki 33g syabu dijel 11 tahun

7 Sep 2023 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) berusia 37 tahun dipenjara 11 tahun dan dikenakan sepuluh sebatan kerana memiliki 33.24 gram syabu.

Hasim Lak mengekalkan pengakuan bersalahnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad, apabila kesnya dikemukakan untuk penjatuhan hukuman pada Rabu.

Dia ditemui memiliki dadah itu pada 5.30 petang 18 Nov 2022 di tangga KFC Inanam Taipan, dekat sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mahkamah memerintahkan Hasim menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap.

Selepas hukuman penjaranya tamat, Hasim diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Semasa rayuan, peguam Dominic Chew yang mewakili Hasim, meminta hukuman ringan dengan mengatakan tertuduh mempunyai keluarga untuk dijaga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suriyati Jumain menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kepada Hasim.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.