Pendedahan Marzuki sahkan PAS terima tawaran kewangan Bersatu hadapi PRU15 – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
17 Sep 2025 • 9:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan PAS meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu menubuhkan Parti Perikatan Nasional (PN) semakin jelas selepas pendedahan berhubung soal kewangan oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sebenarnya sudah lama diperkatakan sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pendedahan Marzuki

image is not available

“Patutlah PAS sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan Parti Perikatan Nasional.

“Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan kepada PAS bantuan kewangan hadapi PRU15.

“Justeru, hari ini apabila bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan segala perbelanjaan Perikatan Nasional termasuk calon-calon PAS ditanggung Bersatu hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pendedahan Marzuki

image is not available

Dr Marzuki Mohamad mendedahkan Bersatu ada menyalurkan bantuan kewangan kepada PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa hairan dan meminta Dr Marzuki untuk menjelaskan ke mana sumbangan kewangan itu disalurkan.

“Tanya dia, dia bagi kat siapa duit tu?” soal Sanusi.

image is not available

Sumber: Instagram @Dr Asyraf Wajdi Dusuki