Pendidikan agenda utama negeri, giat usaha bela kebajikan guru

16 May 2024 • 11:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 MEI: Pendidikan terus menjadi agenda utama pentadbiran negeri dalam memastikan kebajikan guru sentiasa terbela dan masa depan anak-anak Selangor terjamin.

Dato’ Menteri Besar berkata pelbagai inisiatif dirangka termasuk kenaikan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan agenda lain yang dilaksana ialah Program Tuisyen Rakyat, bantuan persekolahan dan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Kerajaan Perpaduan berikhtiar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta sihat buat warga pendidik dan pelajar,” katanya di Facebook sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak mengenal erti lelah dan payah dalam mendidik anak bangsa.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved