‘Pendidikan awal asas bentuk generasi cemerlang’ 

LocalFamily & Parenting
13 Jan 2025 • 9:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Pendidikan awal kanak-kanak diiktiraf sebagai asas penting dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang.

Justeru, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, melalui pendekatan yang komprehensif, pendidikan awal ini bukan sahaja membantu mencorakkan keperibadian kanak-kanak tetapi juga menyediakan asas kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat.

AdvertisementSuhaimi juga berkata antara pusat pendidikan terbaik adalah melalui Tabika Perpaduan yang menjadi platform pendidikan dan perpaduan.

“Tabika Perpaduan memainkan peranan signifikan bukan hanya dalam mendidik kanak-kanak dari segi akademik, tetapi juga dalam menyemai nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, dan bertanggungjawab.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Selain itu, institusi ini menjadi landasan utama dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum, sejajar dengan semangat Rukun Negara.

“Dengan memupuk perpaduan sejak usia muda, kita dapat melahirkan generasi yang menghargai kepelbagaian budaya dan mampu hidup secara harmoni,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ucapannya disampaikan oleh Adun Sungai Manila, Datuk Mokran Ingkat semasa Majlis Penyampaian Sijil Tabika Perpaduan Bahagian Sandakan Tahun 2024/2025 di Aisyadelia Cottage, pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, sijil telah disampaikan kepada murid prasekolah di 13 Tabika Perpaduan di Sandakan. Penghargaan turut diberikan kepada guru-guru Tabika Perpaduan atas dedikasi mereka dalam mendidik dan membimbing murid-murid prasekolah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Suhaimi turut berkata, dalam memastikan pendidikan awal terus diperkasakan, kerajaan menegaskan komitmennya untuk menyokong program seperti Tabika Perpaduan.

Justeru itu, semua pihak diseru berganding bahu untuk membina generasi masa depan yang cemerlang, bersatu padu, dan berdaya saing demi kesejahteraan negara.