Pendidikan Percuma PTPTN Mulai 2026 – Belanjawan 2026

LocalPolitics
10 Oct 2025 • 10:24 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

TERKINI : Kerajaan umum pendidikan PERCUMA melalui PTPTN – Belanjawan 2026

Kerajaan mengumumkan pemberian pendidikan percuma kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan 5,800 anak daripada keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

image is not available

Pendidikan Percuma PTPTN Mulai 2026 – Belanjawan 2026

Dalam usaha memastikan pendidikan terus menjadi pemangkin mobiliti sosial, kerajaan memperkukuh peranan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai institusi yang membuka peluang kepada anak bangsa menjejak kaki ke menara gading. Sejak penubuhannya, PTPTN telah menjadi nadi utama dalam membantu jutaan pelajar keluar dari belenggu kemiskinan melalui akses pendidikan berkualiti.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bermula tahun 2026, kerajaan memperkenalkan inisiatif Pendidikan Percuma PTPTN bagi 5,800 anak daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA, dengan peruntukan RM120 juta setahun. Selain itu, kerajaan turut mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua graduan berijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dan menengah, melibatkan sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.

Sementara itu, kerajaan bertegas bahawa peminjam mampu yang enggan bayar akan disekat ke luar negara.

image is not available

Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini akan dimaklumkan secara terperinci oleh pihak PTPTN dari semasa ke semasa.

Sila rujuk maklumat lanjut melalui laman web rasmi Belanjawan 2026, Kementerian Kewangan dan PTPTN.

Baca juga:

Apakah pendidikan percuma melalui PTPTN yang dibentangkan dalam Belanjawan 2026?

Perdana Menteri mengumumkan pendidikan percuma dengan peruntukan RM120 juta melalui PTPTN yang akan memanfaatkan 5,800 pelajar kurang berkemampuan.

Adakah inisiatif ini untuk pelajar B40 sahaja?

Kerajaan juga akan meneruskan pengecualian bayaran balik PTPTN bagi mahasiswa yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dengan peruntukan RM90 juta setahun dengan memanfaatkan 6,000 peminjam.

Apa lagi bantuan PTPTN yang diumumkan dalam Belanjawan 2026?

Peminjam PTPTN yang mampu membayar dan berada di luar negara namun culas membayar balik pinjaman akan dikenakan sekatan ke luar negara pada tahun hadapan.