
BEAUFORT: Jabatan Hidupan Liar diminta segera bertindak menangkap beberapa ekor buaya di Kampung Rantis Bangkalalak, yang sering menimbulkan rasa bimbang dan takut penduduknya.
Seorang penduduk, yang hanya dikenali sebagai Jalani, memberitahu Daily Express bahawa buaya-buaya tersebut dilihat naik ke atas jalan raya dan beberapa tempat di kawasan kampung itu.
Advertisement“Paling membimbangkan, reptilia tersebut sering dilihat berjalan di atas jalan raya, lebih-lebih lagi pada waktu malam, kerana jarak antara jalan raya dan Sungai Bangkalalak amat dekat, menjadikan kawasan itu berisiko tinggi.
“Seorang penduduk yang berjalan kaki pada waktu malam terserempak dengan seekor buaya tersebut. Mujur dia ada membawa lampu suluh dan dapat mengelak bahaya itu,” kata Jalani.
