‘Penduduk boleh mohon tambahan lampu Solar Madani’

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 3:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Penduduk luar bandar boleh mengemukakan permohonan tambahan bagi mendapatkan kemudahan lampu solar madani di kawasan perumahan mereka dengan mengajukan keperluan tersebut kepada pihak berkuasa.

Pegawai Daerah Kunak Majaran Osman berkata penduduk yang memerlukan kemudahan itu boleh mengemukakan permohonan terus ke Pejabat Daerah.

“Ketika ini pemasangan kemudahan lampu solar madani masih dijalankan di daerah Kunak melibatkan beberapa buah kampung yang dikenalpasti untuk pelaksanaan kemudahan itu.

“Jika ada permohonan tambahan boleh kemukakan terus untuk diberi pertimbangan bagi perlaksanaan itu.

“Permohonan akan dikemukakan melalui Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Majaran menyatakan pelaksanaan program solar madani adalah inisiatif kerajaan Persekutuan untuk memperluas akses pencahayaan terutama di kawasan luar bandar yang terhad kepada kemudahan infrastruktur asas.

Terdahulu Program Solar Madani telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei lalu di Tawau sebagai inisiatif memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui khususnya tenaga solar dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan api konvensional selain menangani isu perubahan iklim secara mampan.

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberikan mandat oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menyelaras perlaksanaan projek Solar Madani di seluruh Sabah.