
SEMPORNA: Penduduk Pulau Bum-Bum bakal menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih selesa dan selamat apabila perkhidmatan feri khas mula beroperasi dalam masa terdekat.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Datuk Abd Hajan Gurimbang berkata, perkhidmatan tersebut kini berada pada peringkat akhir persiapan sebelum pelancaran rasmi dilakukan.
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha bagi memperbaiki akses pengangkutan antara pulau dan tanah besar.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai pendekatan sementara sementara menunggu pelaksanaan projek pembinaan jambatan Pulau Bum Bum,” katanya selepas meninjau kawasan pelaksanaan projek berkenaan.
Lawatan tapak turut melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, serta Pejabat Daerah Semporna.
Menurut Abd Hajan, sejak sekian lama, ketiadaan laluan tetap memaksa penduduk menggunakan bot kecil untuk urusan harian, termasuk membawa barangan keperluan dan kenderaan.
Keadaan ini bukan sahaja membebankan dari segi kos, malah menimbulkan kebimbangan keselamatan terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.
Untuk rekod, cadangan pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer dengan anggaran kos RM430 juta telah dikemukakan sejak tahun 2012.
Pada 2022, Ketua Menteri memaklumkan perkhidmatan feri akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi memenuhi keperluan penduduk.

