Penduduk Diminta Lakukan Solat Hajat Berikutan Kebakaran Misteri Berterusan Di Baling

LocalPolitics
12 Jan 2025 • 1:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kebakaran

Penduduk daerah Baling kini berada dalam keadaan cemas susulan 10 kes kebakaran misteri yang berlaku berturut-turut. Dalam usaha menangani keadaan ini, umat Islam di daerah tersebut digalakkan mengadakan solat hajat untuk memohon keselamatan dan keamanan daripada Allah SWT.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abd Ghani Zainudin, solat hajat ini adalah satu inisiatif memohon pertolongan Allah dalam menghadapi situasi yang meresahkan.

Arahan rasmi Pejabat Agama Daerah untuk lakukan solat hajat…

image is not available

Ya, ada surat arahan oleh pegawai agama daerah untuk mengajak orang ramai memohon kepada Allah. Selagi ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, saya rasa tidak ada masalah untuk melakukan perkara baik demi kebaikan bersama.- Katanya.

Surat rasmi bertarikh 5 Januari itu mengarahkan semua masjid di daerah Baling mengadakan solat hajat secara berjemaah, khususnya selepas solat Jumaat.

Penduduk cemas, diminta berwaspada dengan kebakaran berturut-turut…

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang berasa risau dengan siri kebakaran yang berlaku sejak akhir Disember lalu.

Kebanyakan kejadian melibatkan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa. Lebih membimbangkan, api turut merebak hingga membakar kereta dan rumah penduduk.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro