
SANDAKAN: Susulan fenomena air pasang besar sejak Khamis dan dijangka berlarutan sehingga esok, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan turut membuat pemantauan melalui Pos Kawalan Operasi Bencana Daerah Sandakan(PKOB) pada waktu puncak air pasang di sini.
Ketika dihubungi, Pegawai APM Sandakan, Kapt. Abdullah Sabaruddin, berkata antara persiapan pihaknya termasuk pemantauan di perumahan atas air yang dikenal pasti berisiko.
Antara yang dipantau termasuk Kampung Sim-Sim, Kampung Bokara, Kampung Air dan kawasan sekitar.
