
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyarankan kepada penduduk kampung agar mengetepikan perbezaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan pembangunan kampung.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor berkata, kesatuan, kehormanian dan kerjasama erat antara penduduk kampung memudahkan pelbagai aktiviti dan pembangunan kampung dilaksanakan seterusnya mempercepatkan lagi kemajuan kampung. Oleh itu katanya, penglibatan semua pihak tidak mengira perbezaan agama, bangsa, pangkat dan fahaman politik mampu mempercepatkan lagi pembangunan kampung, melaksanakan aktiviti dengan cemerlang dan menyelesaikan masalah penduduk kampung. “Untuk menjadi sebuah organisasi yang terbilang, kunci utama ialah kerjasama dan bersatu tidak kira pangkat, bangsa, agama dan fahaman politik.
SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more “Komitmen yang padu semua pihak tidak mengira perbezaan akan dapat menjadi pengerak bagi mempercepatkan lagi kejayaan dalam apa juga program yang dirancang di dalam kawasan kampung khususnya dan negeri ini amnya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Malam Mesra Kemuncak Aidilfitri Kampung Kota Ayangan di Dewan Kampung Kota Ayangan Keningau, Selasa lepas.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada kampung-kampung khususnya dalam kawasan DUN Bingkor agar mencontohi kerjasama erat komuniti Kampung Kota Ayangan dalam menjayakan pelbagai program dan perancangan serta pelaksanaan pembangunan kampung.
Pada majlis itu sebanyak 13 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan blok-blok kampung bersatu mengadakan pelbagai aktiviti sejak Ramadan hingga Syawal menjadikan majlis itu sebagai acara kemuncaknya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
