
SANDAKAN: Penduduk yang tinggal di rumah atas air di Kampung Sim-Sim, disini disaran mempunyai sekurang-kurangnya satu unit pemadam api satu rumah bagi kegunaan kecemasan.
Timbalan Presiden SAPP dan Pengerusi CLC Tanjung Papat, Kapitan Thomas Lau berkata, pemadam api amat berguna untuk mengawal api kecil daripada merebak sekaligus menyebabkan kemusnahan besar bagi perkampungan atas air.
AdvertisementJelas beliau, ini juga dapat menyelamatkan nyawa serta harta benda mangsa terlibat.
Beliau yang juga Penasihat Persatuan Media Sandakan, Sabah (Pemassa) berkata demikian selepas melawat kediaman keluarga Wartawan Daily Express yang juga Setiausaha Pemassa pada yang terlibat dalam kebakaran di Jambatan 22, Kampung Sim-Sim .
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kejadian kebakaran itu berlaku pada 4 Februari lepas dimana sebuah bilik dilapor terbakar 10 peratus, penghuninya yang juga ayah dan abang Mardinah berjaya memadam kebakaran itu menggunakan pemadam api yang ada di rumah mereka.
Jiran mereka turut membantu sebelum ketibaan pihak bomba yang memastikan tiada keberbahayaan yang lain.
AdvertisementSeramai 12 penghuni rumah termasuk dua warga emas iaitu ibu bapa Mardinah dan tujuh dewasa serta tiga kanak-kanak turut dilapor selamat dalam kejadian itu. Bilik berkenaan menempatkan sebuah kedai runcit yang berada di hadapan rumah mereka.
AdvertisementDalam pada itu, Thomas merakam penghargaan kepada semua pihak yang membantu iaitu jiran dan pihak bomba yang tiba pantas di lokasi dengan dua jentera dan 14 anggota.
Pihaknya juga akan membantu keluarga itu bagi kos baikpulih yang diperlukan bagi memastikan kawasan terbakar siap dibaiki semula dan membantu ayah serta abang Mardinah yang mengusahakan kedai runcit itu dapat meneruskan aktiviti seperti biasa.
Hadir sama pada lawatan itu,AJK CLC, Lo Wai Chuen, Pengerusi Pemassa, James Leong, Timbalan Pengerusi Pemassa, Fauzi R Lahap dan Bendahari Pemassa, Winnie Kasmir.
Pemassa turut menyampaikan sumbangan kebajikannya kepada keluarga Mardinah yang juga tinggal bersama ibubapa dan ahli keluarganya di rumah itu.
Mardinah mewakili keluarganya merakam penghargaan dan terima kasih atas bantuan diberikan itu dan semua pihak yang prihatin.

