Penduduk disaran sertai kempen urus lebihan ubat dengan selamat

23 Jul 2022 • 4:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JULAI: Penduduk sekitar Klang disaran menghantar lebihan ubat ke Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC) untuk diuruskan dengan betul.

Wakil rakyat Pandamaran Leong Tuck Chee berkata kegagalan mengurus sisa berkenaan dengan betul boleh memberi dampak buruk terhadap alam sekitar.

“Biasa penduduk akan buang ubat ke dalam tong sampah kerana tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

“Saya menyeru penduduk sekitar Klang untuk membawa ubat yang tidak terpakai ke BTMC supaya mereka dapat menguruskannya dengan cara yang lebih baik dan tidak membawa kesan yang buruk kepada persekitaran,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Tuck Chee merasmikan Kempen Pelupusan Ubat Selamat di Bukit Tinggi Medical Center, Klang pada 21 Julai.

“Kempen ini memang baik dan dapat mendidik penduduk sekitar bagaimana dapat menguruskan ubat-ubat yang tidak diguna atau melepasi masa selamat diguna,” katanya lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mewujudkan kempen seumpama itu iaitu Program Pemulangan Ubat sejak 2010 sebagai inisiatif untuk menguruskan proses pelupusan bahan berkenaan dengan lebih selamat dan mesra alam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved