Penduduk Felda Chiku 7, 8, di Gua Musang terkandas

24 Dec 2023 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lebih 1,500 penduduk di Felda Chiku 7 dan 8 di Gua Musang terkandas selepas jambatan yang menjadi penghubung utama dengan kawasan luar ditenggelami banjir awal pagi Ahad.

image is not available
Setiap kali tibanya musim tengkujuh jambatan yang menjadi laluan utama itu akan ditenggelami banjir sekali gus menyebabkan penduduk terputus hubungan.

image is not available
Berpandukan kepada keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat ketika ini air dijangka mengambil masa agak lama untuk surut.

GUA MUSANG - Lebih 1,500 penduduk di Felda Chiku 7 dan 8 di sini terkandas selepas jambatan yang menjadi penghubung utama dengan kawasan luar ditenggelami banjir awal pagi Ahad.

Ketua peneroka, Hussain Ismail berkata, setiap kali tibanya musim tengkujuh jambatan yang menjadi laluan utama itu akan ditenggelami banjir sekali gus menyebabkan penduduk terputus hubungan.

"Situasi ini amat memberikan kesan kepada kami di sini terutama yang mempunyai urusan di bandar Gua Musang.

"Ia termasuk jika berlaku kecemasan ini akan menyukarkan kami mendapatkan bantuan segera," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, berpandukan kepada keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat ketika ini air dijangka mengambil masa agak lama untuk surut.

Bagaimanapun beliau berharap cuaca akan kembali pulih seperti biasa dan air surut dengan cepat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved