Penduduk Gempar, Beruang Dirakam Berkeliaran Di Sawah Padi

29 Aug 2022 • 5:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penduduk Gempar, Beruang Dirakam Berkeliaran Di Sawah Padi

Sabak Bernam – Seekor beruang dilaporkan telah ditemui berkeliaran di sawah padi sekitar kawasan Ban Canal, Parit 13 Sungai Nibong hari ini.

Memetik laporan Kosmo, kehadiran beruang itu telah disedari oleh seorang wanita yang juga sempat merakam video pergerakan haiwan itu dibelakang rumahnya pada jam 7 pagi tadi.

Sementara itu, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sabak Bernam yang menerima maklumat mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi tersebut.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata anggotanya telah dimaklumkan bahawa beruang dewasa itu dilihat kali terakhir memasuki kawasan kebun ubi di tengah sawah.

“Pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang tersebut,” katanya ketika dihubungi oleh Kosmo.

Menurutnya lagi, pihaknya akan melakukan pemantauan lanjut di kawasan itu bagi mengesan beruang terbabit.

Terdahulu, video berdurasi 23 saat yang memaparkan beruang berwarna hitam itu tular di media sosial sehingga menggemparkan penduduk di kawasan berkenaan.

Sumber: Kosmo