Penduduk gempar bunyi letupan

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan Pasukan keselamatan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian.

NILAI - Penduduk di kawasan Desa Palma di sini panik seketika apabila digemparkan dengan bunyi letupan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan sekitar jam 6.30 pagi.

"Pasukan kami terus bergegas ke lokasi dan pemeriksaan telah menemui banyak paku atas jalan dan beberapa kenderaan yang terkena serpihan letupan di salah satu blok.

"Kita turut mendapatkan bantuan bomba bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut diteruskan termasuk mengenal pasti objek yang meletup," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved