Penduduk Gempar Temui Buaya Tembaga Betina Bersama 55 Biji Telur Di Kebun

18 May 2023 • 4:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hampir 30 minit buaya seberat hampir 100 kilogram itu berjaya ditangkap bersama 55 telur

Penduduk Gempar Temui Buaya Tembaga Betina Bersama 55 Biji Telur Di Kebun. Satu ekor buaya tembaga betina berat hampir 100 kilogram berjaya ditangkap di kawasan kebun Kampung Seberang Benoni, Papar Sabah.

Pemilik kebun menyedari kehadiran buaya tersebut apabila terdengar bunyi mencurigakan semasa memotong rumput dan kemudiannya memohon bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Papar untuk menangkap reptilia itu.

image is not available
Penduduk Gempar Temui Buaya Tembaga Betina Bersama 55 Biji Telur Di Kebun. Kredit: APM Papar

Pegawai APM segera ke lokasi

Tujuh anggota termasuk pegawai APM Daerah Papar telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkap buaya sambil menyelamatkan 55 biji telur dalam sarang reptilia betina itu.

image is not available

Pemeriksaan mendedahkan bahawa buaya terbabit dipercayai dari anak sungai berhampiran kebun tersebut.

image is not available

Reptilia itu kemudian dibawa ke pejabat APM Papar sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article