Penduduk jala ikan, dapat buaya

Environment
24 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk jala ikan, dapat buaya

JAKARTA – Keadaan cemas berlaku di perairan Tasik Sembuluh, Daerah Seruyan, wilayah Kalimantan Tenga  apabila niat sekumpulan penduduk untuk menjala ikan bertukar menjadi pengalaman menakutkan selepas seekor buaya besar tersangkut pada jala mereka, lapor laman berita radar kaltim.

Kejadian berlaku sewaktu penduduk menarik jala  dan mendapati reptilia gergasi itu sudah terperangkap serta sedang bergelut ganas untuk membebaskan diri.

Enggan melepaskan hasil tangkapan dan jaring mereka, berlaku aksi tarik-menarik antara penduduk dan buaya berkenaan di kawasan tebing  sebuah tasik. 

Bagaimanapun, reptilia tersebut akhirnya berjaya memutuskan cengkaman jaring lalu melepaskan diri  ke dalam tasik.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Susulan kejadian berkenaan, penduduk yang melakukan aktiviti di sekitar Tasik Sembuluh digesa agar sentiasa berwaspada dan dilarang sama sekali mengambil tindakan sendiri untuk menangkap atau mendekati buaya sekiranya bertembung lagi dengan reptilia liar tersebut. – AGENSI

The post Penduduk jala ikan, dapat buaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved