
RANAU: Dua belas keluarga di Kampung Lembah Permai di Kundasang, di sini, dinasihatkan berpindah ke tempat selamat berikutan kejadian tanah runtuh baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Adun Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata sekiranya keadaan tidak selamat, penduduk dinasihatkan berpindah secepat mungkin.
“Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi dan sangat terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan sentiasa mengalami pergerakan tanah.

