
Tenom: Lebih 200 penduduk Kg Mongol lega apabila jambatan gantung baharu merentasi sungai Mosolog (Senagang) siap dibina.
Jambatan baru itu bagi menggantikan struktur lama yang hanyut akibat banjir besar pada hujung tahun 2022, sekali gus menyebabkan penduduk terputus hubungan.
Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata beliau berpuas hati dengan kualiti kerja kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Daerah Tenom.
“Bahan-bahan yang digunakan untuk membina jambatan ini 100 peratus besi memastikannya boleh digunakan lebih lama oleh penduduk kampung.
