Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

11 Nov 2025 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Memetik kenyataan Free Malaysia Today, Adun Sentosa, G Gunaraj, berkata penduduk dalam proses berpindah ke rumah baharu dan memerlukan lebih banyak masa, khasnya warga emas.

Beliau sudah meminta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mempertimbangkan lanjutan tempoh sehingga akhir bulan ini.

Beliau berterima kasih kepada menteri besar kerana menyediakan perumahan selesa untuk penduduk benar-benar memerlukan dan mempertimbangkan permintaannya.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah mengesahkan lanjutan dua minggu diberikan

Minggu lalu, kerajaan negeri mengarahkan 19 pemilik tanah mengosongkan tapak itu dalam tempoh tujuh hari.

Proses pengambilan tanah diselesaikan secara sah bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2023, tetapi pemilik tanah enggan mengosongkan tapak itu walaupun 75% daripada pampasan berjumlah RM9.85 juta sudah dibayar kepada mereka.

Sumber: Free Malaysia Today