
SANDAKAN: Penduduk Kampung Pulau Berhala bakal menikmati bekalan air terawat melalui projek pemasangan sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar.
Projek ini adalah satu usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan dengan menyediakan akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.
Adun Tanjung Papat Datuk Frankie Poon mengumumkan demikian semasa lawatan kerjanya ke Pukau Berhala.
Turut serta dalam rombongannya adalah Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd Liau Fui Fui, Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang, Pengurus Besar Jude Abel Logijin serta Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat, Max Million Lee.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Poon berkata pemasangan sistem air minuman ini merupakan satu langkah penting ke arah memastikan penduduk Pulau Berhala mempunyai akses kepada bekalan air bersih dan terawat.
“Ini adalah satu usaha yang sangat bermakna dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini,” katanya yang juga Pengerusi Sabah Development Berhad.
Sementara itu, Liau berkata beliau sangat berbangga dapat memainkan peranan utama dalam projek itu yang akan membawa perubahan besar kepada penduduk Pulau Berhala.
“Sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar ini bukan sahaja menyediakan air minuman yang selamat dan bersih, tetapi juga mesra alam dan sesuai untuk digunakan di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.
“Kami komited untuk terus menyokong dan memperluaskan akses kepada bekalan air bersih di seluruh Sabah, khususnya di kawasan yang kurang mendapat perhatian,” katanya.
Kerja-kerja pemasangan dijangka akan bermula dalam dua minggu ini, jelasnya, dan berharap penduduk dapat menikmati manfaatnya dalam tempoh yang panjang dan berterusan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan lebih mampan dan inklusif.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
