Penduduk Kiulu tiada air kerana kemarau, boleh ambil air di Pejabat Daerah Tamparuli

29 Feb 2024 • 9:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Penduduk kawasan Kiulu di daerah ini yang terjejas akibat kemarau dibenarkan mengambil bekalan air di Pejabat Daerah Tamparuli sehingga sumber air graviti atau tadahan air di bukit pulih semula.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menerima aduan daripada penduduk di kawasan Kiulu berkaitan masalah bekalan air bersih sejak 19 Februari 2024 lalu.

"Masalah air ini kebanyakkannya berlaku di kawasan Kiulu yang menggunakan sumber air graviti atau tadahan air bukit".

"Punca sumber air berkenaan mengalami kekeringan buat masa ini adalah disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan selain ketiadaan sambungan paip pihak JANS di lokasi terlibat menyebabkan penyaluran air bersih tidak dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.