Penduduk Lembah Klang rasai gegaran gempa bumi Sumatera

LocalEnvironment
22 Jul 2026 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penduduk Lembah Klang rasai gegaran gempa bumi Sumatera
Peta MetMalaysia menunjukkan lokasi gempa bumi bermagnitud 5.7 yang melanda Utara Sumatera, Indonesia pada jam 12.18 tengah hari Rabu.

SHAH ALAM – "Tengah asyik buat kerja, tiba-tiba meja rasa bergoyang," demikian situasi cemas dikongsikan seorang pekerja pejabat di Seksyen 14, di sini, selepas mendakwa merasai gegaran susulan gempa bumi bermagnitud 5.7 yang melanda Utara Sumatera, Indonesia, tengah hari Rabu.

Pemilik akaun Threads, nadiaxzailan, berkata, pada mulanya dia menyangka gegaran itu hanya dirasai olehnya sebelum bertanya kepada warga maya sama ada mereka turut mengalami situasi sama.

"Ada sesiapa rasa tak tadi dalam jam 12.18 tengah hari macam ada gegaran?

"Pejabat saya di Seksyen 14 Shah Alam. Memang ada gempa bumi dekat Sumatera Utara, Indonesia," katanya menerusi hantaran itu.

Seorang lagi pengguna Threads, nurulsyazzana, turut berkongsi pengalaman apabila mendakwa merasai gegaran di Seksyen 13, Shah Alam.

"Seksyen 13 Shah Alam, siapa yang rasa goyang-goyang tadi pukul 12.20 tengah hari?" tulisnya.

Di ruangan komen itu, seorang lagi pengguna, nabilaishah, memaklumkan dia turut merasai gegaran ketika berada di Seksyen 26.

Semakan pada sistem pemantauan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi bermagnitud 5.7 itu berlaku pada jam 12.18 tengah hari di Utara Sumatera, Indonesia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dari permukaan bumi.

Peta MetMalaysia menunjukkan lokasi gempa bumi bermagnitud 5.7 yang melanda Utara Sumatera, Indonesia pada jam 12.18 tengah hari Rabu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved