Penduduk Minta Pihak Berwajib Pantau Projek Lebuh Raya Pan Borneo Elak Jadi Punca Banjir

10 Oct 2022 • 3:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemantauan ketat perlu dilakukan

Penduduk Minta Pihak Berwajib Pantau Projek Lebuh Raya Pan Borneo Elak Jadi Punca Banjir. Penduduk di Kota Kinabalu mohon agar pihak berwajib memantau ketat projek pembinaan mega terutamanya Lebuh Raya Pan Borneo untuk memastikan projek itu tidak menjadi punca terutama banjir dalam keadaan cuaca tidak menentu masa ini.

Lapor media, penduduk di Tuaran memberitahu infrastruktur Lebuh raya Pan Borneo amat penting, namun kontraktor yang terlibat juga perlu patuh peraturan serta spesifikasi kerja ditetapkan bagi elak bencana.

Penduduk Kampung Ketiau, Suit Mahali, 76, berkata kampung mereka tak pernah mengalami banjir namun situasi berubah selepas pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dibuat di kawasan berhampiran sekitar dua tiga tahun lepas.

image is not available
Penduduk Minta Pihak Berwajib Pantau Projek Lebuh Raya Pan Borneo Elak Jadi Punca Banjir

Banjir sejak pembinaan Pan Borneo dilaksanakan

Suit Mahali yang juga pesara kerajaan berkata sistem perparitan dan saliran tersumbat selepas projek dilaksakan sehingga air bah naik ke kawasan kampung selain sistem perparitan yang tidak diselenggara.

Hujan lebat yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai Barat Sabah dilanda banjir dengan 43 orang daripada 13 keluarga dipindahkan di Penampang.

image is not available
Air mula naik di sepanjang jalan raya. Kredit foto: FMT

Lagi cerita menarik di sini: