
KENNGAU: Berikutan keadaan hakisan tebing yang semakin kritikal dan terdapat bongkah kubur yang nyaris-nyaris jatuh ke dalam Sungai Pegalan, penduduk Kampung Linsudan bertindak memindahkan kubur terbabit ke tempat yang selamat.
Seorang penduduk, Victor Saidi Ikang berkata, kerja-kerja dan upacara pemindahan dimulakan pada Jumaat oleh penduduk kampung mengikut upacara keagamaan Roman Katolik.
Katanya, terdapat tiga kubur yang terancam dengan hakisan tebing itu dan perlu dipindahkan.
Bagaimanapun, katanya, hanya satu kubur dapat dipindahkan pada Jumaat.
