Penduduk Negeri Wakal, Maluku Tengah Sambut Aidilfitri Hari Ini

29 Mar 2025 • 4:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penduduk Negeri Wakal, Maluku Tengah Sambut Aidilfitri Hari Ini

AMBON — Masyarakat di negeri Wakal, Maluku Tengah, Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri, (1 Syawal 1446 Hijriah) hari ini selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, lapor ANTARA News.

Ketua Pemerintahan Negeri Wakal, Ahaja Suneth berkata, pelaksanaan solat Aidilfitri lebih awal di kawasan itu sudah menjadi tradisi.

“Kami selalu melaksanakan solat Aidilfitri lebih awal kerana kami juga mula berpuasa Ramadan lebih awal, berdasarkan penetapan yang telah dilakukan,” katanya.

Hasil tinjauan mendapati, kebanyakan penduduk mula tiba di Masjid Nurul Awal Wakal seawal jam 7 pagi waktu tempatan.

Tambah Suneth, penetapan tarikh itu menggunakan kaedah tradisional, sistem yang diterapkan terbukti mempunyai ketepatan yang tinggi dalam menentukan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam.

Dalam pada itu, Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia akan mengadakan pencerapan anak bulan bagi menetapkan 1 Syawal 1446 Hijriah pada Ahad, 30 Mac 2025.

Terdahulu, penduduk Islam di Wakal telah menjalani ibadah puasa 1 Ramadan 1446 Hijriah pada Khamis, 27 Februari 2025, (dua hari sebelum puasa di Malaysia).

Sumber: ANTARA News