Penduduk Pengkalan Kubor gantung sepanduk, 'marah' projek PLSB Sungai Golok

LocalPolitics
5 Dec 2025 • 10:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rasa tertekan dan kecewa yang sekian lama dipendam menyebabkan penduduk Kampung Derdap, Pengkalan Kubor di Tumpat bertindak menggantung beberapa sepanduk bagi menzahirkan perasaan 'marah' kepada Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok. Foto: SINAR HARIAN
image is not available
Tindakan penduduk itu tular di media sosial sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet yang rata-ratanya simpati dengan nasib masyarakat di situ.
image is not available
Tinjauan mendapati sekurang-kurangnya lima sepanduk dipasang dengan tulisan keras antaranya “Tolonglah Bantu Kami PMX”, “Jalan Maut” “Projek Menyusahkan Rakyat”, “Banjir #LubangAir”, dan “Sungguh Malang Nasib Kami”.

TUMPAT - Rasa tertekan dan kecewa yang sekian lama dipendam menyebabkan penduduk Kampung Derdap, Pengkalan Kubor di sini bertindak menggantung beberapa sepanduk bagi menzahirkan perasaan 'marah' kepada Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Mana tidaknya, PLSB itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung derita banjir termenung yang lebih kronik sejak pembinaan bermula 2021 lalu.

Seorang penduduk, yang hanya ingin dikenali sebagai Mat, 60, berkata, pemasangan sepanduk itu adalah langkah terakhir selepas aduan dan rintihan mereka seolah-olah tidak mendapat perhatian.

"Memang banjir setiap tahun, sejak PLSB berjalan, banjir termenung makin kronik. Air banjir mengambil masa yang lama untuk surut disebabkan tiada pintu air.

"Jadi...kami pula menanggung derita Lebih membimbangkan, projek ini nampaknya semakin perlahan... macam nak terbengkalai. Sampai bila kami perlu hidup begini," katanya.

Dia berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat turun melihat sendiri keadaan yang semakin meruncing dihadapi penduduk ketika ini.

Tinjauan mendapati sekurang-kurangnya lima sepanduk dipasang dengan tulisan keras antaranya “Tolonglah Bantu Kami PMX”, “Jalan Maut”

“Projek Menyusahkan Rakyat”, “Banjir #LubangAir”, dan “Sungguh Malang Nasib Kami”.

Tindakan penduduk itu tular di media sosial sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet yang rata-ratanya simpati dengan nasib masyarakat di situ.