
Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tanjung Aru mengadakan gotong-royong bagi membaiki jambatan kayu di kawasan jeti perumahan Kampung Tanjung Aru Lama yang rosak.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PGRS Tanjung Aru Dr. Mohd Ritchie Jay Cheng berkata, inisiatif ini sebahagian usaha membantu penduduk yang menggunakan jambatan itu setiap hari agar dapat melaluinya dengan lebih selamat.
“Jambatan ini selain sudah lama, ia turut rosak kerana hujan lebat kelmarin, menyebabkan ia tidak selamat digunakan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Justeru, kami terpanggil untuk membantu membaiki jambatan ini secara gotong-royong bersama penduduk setempat,” katanya ketika ditemui, di sini, Jumaat.
Ritchie berkata, bantuan itu sebagai respon segera daripada permintaan dan keperluan penduduk demi keselamatan serta keselesaan mereka khususnya anak-anak kecil.
Katanya, segala bahan keperluan untuk pembaikan itu seperti kayu dan papan disediakan sepenuhnya oleh beliau.
Ritchie menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, termasuk sukarelawan terdiri dari belia kampung yang berganding bahu menjayakan proses baik pulih jambatan tersebut.
“PGRS Bahagian Tanjung Aru akan terus berusaha membantu kebajikan rakyat di kawasan ini agar kesejahteraan penduduk kampung terus terpelihara,” katanya.
